728 x 90
Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan Tempah Tapak Iklan

Wednesday, April 20, 2011

Perkembangan Bahasa Melayu

okey,,Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
  • Bahasa Melayu Kuno,
  • Bahasa Melayu Pra Klasik dan Klasik
  • Bahasa Melayu Moden.



Bahasa Melayu Kuno


Merupakan keluarga bahasa Nusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

 Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
  • Pengaruh agama Hindu
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palava:
  • Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  • Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
  • Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
  • Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
  • Susunan ayat bersifat Melayu
  • Bunyi b ialah dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
  • bunyi pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
  • ditulis dalam huruf India
  • mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
  • bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
  • masih memakai abjad India
  • buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
  • ditulis dalam tulisan Jawi
  • membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
  • Zaman kerajaan Melaka
  • Zaman kerajaab Acheh
  • Zaman kerajaan Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:
  • ayat: panjang,  berulang, berbelit-belit.
  • banyak ayat pasif
  • menggunakan bahasa istana
  • kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • ayat songsang
  • banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

nantikan next topic:

siapa munsyi abdullah?
keturunan,tahap pendidikan`
kritikan dan pujian beliau kepada rakyat kelantan~
dan bahasa melayu Pra klasik yang tidak diperjelaskan..

3 comments

April 23, 2011 at 8:15 AM

as salam.. salam ziarah..
suka mendengar dan menghayati bahasa kalsik nie.. unik lah.. hehe

April 24, 2011 at 12:26 PM

wassalam,,

a'aa,,memang best bahasa klasik ni..berbelit2..ihi3..tp,bila baca gaya penulisan bahasa klasik ni pula memerlukan kesabaran y tinggi..agak susah tuk memahami..keh3 :)

Anonymous
April 24, 2011 at 6:10 PM

tringat stdy benda nie msa form6 .. huk3 .. poning2 ..

Post a Comment
#resepi #cooking try#precious food# 100 days 11 ogos 2014 100 days 16 february 2015 20-an Action songs advertising ALPHABET RECOGNITION AMAZON Art and craft award Baby Milestones baby photo Bandung BECE Ben ashaari bencana a.k.a musibah best place to visit KELANTAN BIRTHDAY PARTY bisnessbyIstanaSyurga bisnessonline BLOGLIST DAN SEGMEN breasfeeding tips brownies children assessment children milestones children performance children safety children trip and visit children with special need=gifted Cinta Malaysia Sayang Kelantan cognitive development contest dan contest DramaTv English Language foodhunters Future Teacher GIVEAWAY greenandredtea greenteathailand hand eyes recognition Hari Rabu hilang# sukar jejaki lagi# dicuri# lalai# holiday a.k.a makan angin :) homeschooling INDONESIA kegemaran saya Ketam kid songs KIDS ACTIVITY KIDS PROJECT KIDS TOYS Kota Bharu Kelantan Kunak lagu+lirik lesen kereta LESSON PLAN Lets learn "BAHASA MELAYU" letters Madinah makanan bercengkerang Makkah Malay songs Maruku mimpi BESAR movie musim panas nephew+niece+children nothing just to say NURSERY NURSERY RHYMES one destination. parenting tips parents teacher relationship party themem Barbie theme PLANE TICKET pools and waterfun PRESCHOOL Princess sofia themem Pink theme PTPTN public transportation puisi+poem+whatsoeverlah Quotes of the Week Ramadhan redteathailand Resepi sos Mangga Resepi sos nyonya REVIEW RINDU SABAH saya jual secret recepi segmen agama sensory skills services Singapore SOS MANGO specialcare SPORT&OUTDOOR SSPN Tawau teaching skills teman+sahabat tengah marah tips+petua+amalan=tindakan toddlers TV SHOW UMRAH water play WRITING SKILLS